Archive for May, 2008

a NEW chapter…

Thursday, May 29th, 2008

29/05/08

..Aku baru abis menjalani 4 hari Orientasi PJJ USM. Yes. Eventually aku sambung belajar balik.. Untuk yang kesekian kalinya.. I don’t care.. I want to finish it this time, selepas aral-aral melintang pada kali-kali yang terdahulu.. but somehow I DO think I love to study, walaupun tak cemerlang langsung result-resultnye.. or adakah aku hanya suka akan Lifestyle seorang Student..? bahaya kalo gituh…

..Only this time I’ll be trying to do something ALIEN and absolutely new to me.. I’ve registered for B.Mgt in Marketing.. That’s a big leap for me who have an Engineering background.. member-member aku semua tanya "Apsal nko amik Marketing?" "Apsal nko tak amik Engineering?" "Giler la nko.." ..untuk menjawab soalan ini bagi aku adalah satu perkara yang agak komplikated ( haha.. telah di"melayu"kan oleh aku ).. dont believe me? It’s something like this : Arabic to Science to Japanese to Komputer to Electronic to Rubber to Mechanical… fuh, aku pun tak sangka betapa kewujudan DIVERSITY dalam diri aku begitu terserlah.. heheheh.. nanti la, kalo ada masa boleh aku kupas isinya satu persatu.. but what’s frightening right now is I find myself enjoying reading History, Civilization, Human Behaviour, Psychology  dan perkara-perkara yang berkaitan..

..What am I doing? betul ke tindakan aku continue study dalam nih? at the moment I believe "EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON"… heheheh… coincidently relates to my comment in aisyahrozi.com.. am I happy..?? ..furthermore, this situation REALLY needs my sacrifice and focus a LOT…!!

Lastly, marilah kita berdoa agar Bos aku menerima berita timetable PJJ aku dengan tenang lantas meng"approve"kan cuti 3 minggu untuk INTENSIVE + TEST weeks ujung bulan seblas nanti… AAMIIIIIIIINN…

"Towards a better future"
"We lead"

..heheheh, sawan motto USM jap…

160508

Thursday, May 15th, 2008

16 Mei = Hari Guru di Malaysia.

Negara-negara lain masing-masing mempunyai tarikh sendiri sambutan Hari Guru mereka.

UNESCO pula telah menetapkan 5 Oktober sebagai Hari Guru Sedunia. Malaysia pula telah

memilih 16 Mei sebagai Hari Guru kita. Daripada WIKIPEDIA :

“Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956

Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah

menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education

Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar

Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.”

ooooOOOOhh… gitu ke… Baaaaaaaru aku tauu…

Sempena hari guru nih aku nak mengucapkan Terima Kasih yang tak terhingga kepada SEMUA

CIKGURU yang telah mengajar aku daaaaaari aku kecik saaaaaaampai la sekarang… Pada

aku cikgu atau guru nih bukan terbatas kepada profesyen semata-mata, malahan setiap

pelajaran, pengajaran atau sesuatu yang baru yang kita terima dari seseorang

menyebabkan seseorang itu boleh dianggap cikgu atau guru.. bagi aku la.. tak tau la

nkorang cemane pulak…

Kepada Cikgu-cikgu yang dah banyak mencurahkan ilme kepada aku sekali lagi aku ucapkan

TERIMA KASIH… You know who you are…

Hari - hari terakhir..

Wednesday, May 14th, 2008

"Tahniah, kau dapat MRSM"

"Bila dapat surat, bah?

"Petang tadi baru sampai, mama kau yang bukak"

Aku tak tau samada nak excited atau bersedih. Excited sebab nak pergi sekolah baru. Atau sedih sebab nak tinggalkan sekolah ni. Terutamanya member-member aku. Nizam, Azlee, Joe, Zuraidi, Abu, Yusri dan ramai lagi. Especially ‘dia’.

Aku tau kalau aku terima tawaran MRSM ni aku takkan dapat jumpa dia for the last time. What a f***ing choice I have to make.

Tapi takkan la aku nak tolak tawaran tu semata-mata sebab ‘dia’. Gile. Mau mak abah aku tak ngaku anak nanti. Nko baru je kenal dia, belum apa-apa lagi, awek MRSM ramai lagi beb, hati aku sound kepala hotak aku.

Tapi dia ’special’. There’s something about her that makes me wanna stay. I love to watch her smile, I love to see her when she’s not looking, I love her ‘jelingan tajam menusuk jantung’… aaarrrrgghhhh…!! Boleh gile camni…!! (Am I a f***ing stalker?)

……………..

Petang Jumaat, aku kemas-kemas baju (bukan kemas pun, sumbat dalam beg je), dengan langkah yang nak taknak, aku langkah keluar compound sekolah… I’ll be back…!!

…memang BACK betul pun..!! Sabtu esoknya, abah aku bawak kereta datang ngan aku sekali untuk ambil barang-barang yang tinggal… Buku-buku, kasut, timba dan ntahapahapa lagilah…

Kemudian aku pergi ke kelas nak kemas meja aku… This is my last chance. Semalaman aku tak tido tulis ‘kata-kata terakhir’ ’sebelum aku pergi’, sambil membungkus hadiah perpisahan. Free je adik aku kena tengking setelah bertanya soalan bertalu-talu "Buat apa tu?" "Hadiah siapa?" "Besok siapa punya besday?" "Nak ikut sekali boleh tak?"…."DIIAaMMmm LAAHH..!!"

Aku melangkah ke kelas dia. Aku belek abis semua buku-buku dia. Ada page yang tertulis nama aku. Aku senyum. Lepas ni takde dah nak tengok dia lintas depan kelas aku. Takde dah aku nak tunggu dia kat Ko-op sekolah. Takde dah aku nak pegi kantin semata-mata sebab dia ada kat kantin ( bodoh gile.. ) Aku nak ambik apa-apa barang dia untuk dijadikan souvenir, tapi takde apa pun personal belongings yang dia tinggal. Takkan nak amik Buku Teks Sejarah Malaysia Tingkatan 3 kot? Gile hape? Plan aku tak jadi..

Aku tinggalkan hadiah dalam meja dia. Lalu, for the last time, aku melangkah keluar dari kelas itu, dan juga sekolah yang banyak mengajar aku erti HIDUP… babai SMAI… MRSM ! Here I come..!!

Hari Sabtu Yang Flat

Thursday, May 8th, 2008

Sabtu, 3 haribulan Mei.

Tak seperti sesetengah orang lain, aku kerja hari ni. 7:30 sampai 4:30. Banyak pulak tu mende nak kena buat.. Mechanical parts mostly aku siapkan waktu pagi, tinggal drawing je nak kasi perabis sampai petang nanti..

Pukul 4:30 nanti aku terpaksa menggunakan "Hikmat Berlari Atas Angin" untuk megelakkan diri dari dipaksa OT sebab hari ni ada invitation kenduri.. Sahabatku CEPOI melangsungkan perkahwinannya dengan aweknya yang haram tak pernah diintroduce kat aku.. dah le invitation pakai SMS je.. sungguh moden dunia sekarang.. apa-apa pun aku mesti pergi sebab dia CEPOI..

4:30, Mie call aku, dia dah sampai depan kilang.. aku pun melancarkan "Hikmat Berlari Atas Angin" mengelakkan dari terserempak ngan manager lalu berjaya mem"punch card" keluar..

..sembang punya sembang, pukul 5 baru bertolak.. tanpa memikirkan masa depan kereta WAJA Mie pun meluncur la menuju ke Taiping..

6 ptg, kami sampai.. tetamu semua dah balik, kerusi meja bawah khemah kenduri dah dikemas masuk stor.. Dengan muka tak malunya kami pun masuk la rumah pengantin.. nampak CEPOI, sengih "trademark" nya masih seperti dulu.. cuma Cepoi sekarang slim giler dari aku..

..kami dijamu dengan item-item dari hantaran pengantin.. tu la datang lambat sangat, kan dah takde makanan, kepala hotak aku bercakap kepada aku.. aaahhhh, kuih pun kuih la, layannn jee.. masing-masing perut tengah lapar nih.. sembang punyak sembang, MAK Cepoi pun join kitorang.. makin melalut la sembangannye.. Mie kena puji "bertambah putih sebab berisi".. heheh, tak yah makan la nko Mie… Faizal kena puji "lawa".. kenyang kena puji kot… Aku pulak kena "bertambah gelap".. aaaa jangan salahkan keturunankuu…

..Tiba-tiba muncul Cepoi dari dapur bawak setalam lauk kenduri ke ruang tamu.. Alhamdulillaahh, ada rezeki kami rupanya.. Masing-masing dah tak sabar nak menjamah, terutama aku.. tapi limit aku 2 pinggan je, Mie ngan Faizal sampai 3 kali tambah ( betul, tak tipu punya )… Buuurrrppp… Lauk kenduri nko ada kelasss la Cepoi…

Dah makan, kitorang sembang kat luar sambil amik angin manakala Cepoi n Faizal meneruskan aktiviti berasap.. (merokok).. sembang-punya sembang sampai masuk maghrib baru balik.. tu pun lepas Cepoi buat-buat mengantuk, nak tido awal..(chilake nko Cepoi.. heheheh)

Ondeway balik, singgah rumah aku sembahyang Maghrib, mak aku ada kirim baju ke adik aku di Penang. Nampak gayanye kena masuk Penang la pulak malam nih… melepas nak tengok AIM…

di rumah makcik aku di Penang, pukul 11 dah tido, FLAT betul aku malam tu..