160508

16 Mei = Hari Guru di Malaysia.

Negara-negara lain masing-masing mempunyai tarikh sendiri sambutan Hari Guru mereka.

UNESCO pula telah menetapkan 5 Oktober sebagai Hari Guru Sedunia. Malaysia pula telah

memilih 16 Mei sebagai Hari Guru kita. Daripada WIKIPEDIA :

“Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956

Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah

menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education

Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar

Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.”

ooooOOOOhh… gitu ke… Baaaaaaaru aku tauu…

Sempena hari guru nih aku nak mengucapkan Terima Kasih yang tak terhingga kepada SEMUA

CIKGURU yang telah mengajar aku daaaaaari aku kecik saaaaaaampai la sekarang… Pada

aku cikgu atau guru nih bukan terbatas kepada profesyen semata-mata, malahan setiap

pelajaran, pengajaran atau sesuatu yang baru yang kita terima dari seseorang

menyebabkan seseorang itu boleh dianggap cikgu atau guru.. bagi aku la.. tak tau la

nkorang cemane pulak…

Kepada Cikgu-cikgu yang dah banyak mencurahkan ilme kepada aku sekali lagi aku ucapkan

TERIMA KASIH… You know who you are…

Leave a Reply