Hari - hari terakhir..
"Tahniah, kau dapat MRSM"
"Bila dapat surat, bah?
"Petang tadi baru sampai, mama kau yang bukak"
Aku tak tau samada nak excited atau bersedih. Excited sebab nak pergi sekolah baru. Atau sedih sebab nak tinggalkan sekolah ni. Terutamanya member-member aku. Nizam, Azlee, Joe, Zuraidi, Abu, Yusri dan ramai lagi. Especially ‘dia’.
Aku tau kalau aku terima tawaran MRSM ni aku takkan dapat jumpa dia for the last time. What a f***ing choice I have to make.
Tapi takkan la aku nak tolak tawaran tu semata-mata sebab ‘dia’. Gile. Mau mak abah aku tak ngaku anak nanti. Nko baru je kenal dia, belum apa-apa lagi, awek MRSM ramai lagi beb, hati aku sound kepala hotak aku.
Tapi dia ’special’. There’s something about her that makes me wanna stay. I love to watch her smile, I love to see her when she’s not looking, I love her ‘jelingan tajam menusuk jantung’… aaarrrrgghhhh…!! Boleh gile camni…!! (Am I a f***ing stalker?)
……………..
Petang Jumaat, aku kemas-kemas baju (bukan kemas pun, sumbat dalam beg je), dengan langkah yang nak taknak, aku langkah keluar compound sekolah… I’ll be back…!!
…memang BACK betul pun..!! Sabtu esoknya, abah aku bawak kereta datang ngan aku sekali untuk ambil barang-barang yang tinggal… Buku-buku, kasut, timba dan ntahapahapa lagilah…
Kemudian aku pergi ke kelas nak kemas meja aku… This is my last chance. Semalaman aku tak tido tulis ‘kata-kata terakhir’ ’sebelum aku pergi’, sambil membungkus hadiah perpisahan. Free je adik aku kena tengking setelah bertanya soalan bertalu-talu "Buat apa tu?" "Hadiah siapa?" "Besok siapa punya besday?" "Nak ikut sekali boleh tak?"…."DIIAaMMmm LAAHH..!!"
Aku melangkah ke kelas dia. Aku belek abis semua buku-buku dia. Ada page yang tertulis nama aku. Aku senyum. Lepas ni takde dah nak tengok dia lintas depan kelas aku. Takde dah aku nak tunggu dia kat Ko-op sekolah. Takde dah aku nak pegi kantin semata-mata sebab dia ada kat kantin ( bodoh gile.. ) Aku nak ambik apa-apa barang dia untuk dijadikan souvenir, tapi takde apa pun personal belongings yang dia tinggal. Takkan nak amik Buku Teks Sejarah Malaysia Tingkatan 3 kot? Gile hape? Plan aku tak jadi..
Aku tinggalkan hadiah dalam meja dia. Lalu, for the last time, aku melangkah keluar dari kelas itu, dan juga sekolah yang banyak mengajar aku erti HIDUP… babai SMAI… MRSM ! Here I come..!!