Archive for June, 2008

Malam ini…

Friday, June 20th, 2008

Malam ni Croatia lawan Turkey EURO2008..

Malam ni aku kena masuk Penang,

Malam ni jugak aku kena drive dari Penang ke Klang..

dan malam ni jugak aku perlu berhenti di Taiping, amik Mama n Abah aku, terus ke Ipoh, konvoi ngan Adik aku lagi sorang terus ke Kelang..

Lusa Mama n Abah aku punya flight ke Jeddah, buat Umrah..

..nanti dah sampi Kelang musti dah bergelimpangan sepupu’s aku tido di ruang tamu rumah makcik aku.. Esoknye musti banyak gile crite nak di"rapu"kan oleh kitorang..

Tapi, apapapapapuunn malam ni aku kena tengok Croatia lwn Turkey..

..nasib baik esok aku cuti..

Viva la TURKIYE..!!

Hari Ini Dalam Sejarah…

Thursday, June 5th, 2008

Yo! Blog!

Aku terpanggil untuk menulis sesuatu dalam blog aku hari ni. Pasal aper? KONFEM pasal harga minyak naik semalam.. Aku rasa aku agak bertuah semalam kerana aku berjaya meramalkan yang harga bakal naik lantas menyebabkan aku terus singgah ke refueling station sekembalinya aku dari kerja pukul 4:30 petang, tapi aku predict semalam naik RM4.00! Tapi naik ke RM2.70 je.. Kira tak mengena jugak la tekaan aku..

Tapi apesal naik ke RM2.70 je? kenapa tak naik sampai RM4.00? nak lagi best, naik bagi cukup RM5.00.. kan senang kira tuh..? isi RM10 dapat 2 liter, nko isi RM20 dapat 4 liter, tangki aku full tank dalam 45 liter means kalo aku nak isi full tank HARUS aku bayar RM225! pergh! hampir 1 per 5 gaji aku tuh… nasib baik naik ke RM2.70, kalo full tank bakal menjadi RM122.. TOBAT aku takkan isi full tank.. menggeletar kuar duit ratus-ratus nak bayar kat awek kaunter yang cun tu, jatuh le saham.. biar isi minyak sikit, janji tak menggeletar (with exception to bila harga minyak diumum naik macam semalam)..

Bukan apa, aku nak berlatih bayar lebih, bila harga minyak dinaikkan lagi dalam masa dua bulan lagi… bila dah biasa bayar banyak, hilang le kemenggeletarannye… saspen pun dah kurang.. nko nak naikkan berapa? RM4.00? RM4.50? RM5.00? nah hambik kau…!!! (sambil mengeluarkan not-not kertas limapuluh)…

Lastly, bersedialah untuk kenaikan harga barang-barang lain secara besar-besaran selepas nih…